Wednesday, 9 April 2014

PRAKATA



ALHAMDULILLAH, CETUSAN BLOG INI BERTUJUAN MEMBIMBING INDIVIDU DALAM MEMILIH KERJAYA YANG SESUAI DENGAN KELAYAKAN DAN MINAT MEREKA. BLOG INI JUGA MENGANDUNGI PELBAGAI PENERANGAN RINGKAS, UNIVERSITI DAN INSTITUSI-INSITITUSI PENGAJIAN TINGGI, TIPS  KERJAYA, MOTIVASI DIRI, PENULISAN RESUME, BIASISWA DAN PINJAMAN, SUMBER KERJAYA KAUNSELING, PENCARIAN KERJAYA, INVENTORI KERJAYA, FORUM DISKUSI DAN  APLIKASI ANDROID. 


HASIL BLOG - CIK AISYAH BINTI ABDULLAH , CIK AMIRA LIYANA BT HASHIM DAN PN RAHIMAH BINTI HJ HAK

Monday, 7 April 2014

RANCANG KERJAYA ANDA

Rancang Kerjaya anda!!


1. Kaitkan dengan kursus ketika anda belajar dengan kerjaya
2. Tahu nilai diri anda
3. Pelajari tentang diri sendiri
4. Kenalpasti kemahiran, kebolehan dan kekuatan serta kelemahan diri anda
5. Buat kajian mengenai pilihan kerjaya anda



Wednesday, 2 April 2014

BUDAYA KERJA CEMERLANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

BUDAYA KERJA CEMERLANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: AMALAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 
Sharifah Hayaati al-Qudsy

Budaya Kerja Cemerlang adalah suatu konsep dan pendekatan pengurusan pentadbiran yang telah diamalkan di Malaysia sejak 1989.Walau bagaimanapun, penekanannya telah mula diberikan tumpuan selepas kemerdekaan khasnya bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Fokus perkhidmatan di bawah konsep ini bukan sahaja tertumpu kepada output tetapi input, iaitu proses kerja. Proses kerja yang cemerlang bukan sekadar untuk menghasilkan output atau perkhidmatan yang baik semata-mata, tetapi juga untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi, pengurusan birokratik dan pelbagai bentuk kecuaian yang sering berlaku dalam pengurusan pentadbiran. Dalam usaha menyemarakkan budaya kerja cemerlang, kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan memperkenalkan Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mensasarkan suatu pencapaian pada 2008 yang dinamakan sebagai TEKAD 2008. Konsep ini juga menekankan penghasilan pekerja yang mempunyai tahap kebertanggungjawaban atau kebolehpercayaan yang tinggi. Penjelasan tentang konsep budaya kerja cemerlang juga dikupas dari perspektif Islam untuk menjelaskan bagaimana Islam memberikan penegasan dan penganjuran terhadap nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.