KERJAYA DI MALAYSIA

JENIS-JENIS PERSEKITARAN PEKERJAAN MENGIKUT BIDANG MINAT ATAU JENIS PERSONALITI



Realistik (Realistic)
Mereka berkemahiran sebagai atlet dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka juga berminat bekerja atau menjalankan aktiviti di luar berbanding di dalam pejabat
Siasatan (Investigative)

  Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkemahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal
 Kesenian (Artistic)
  Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan dalam kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Mereka juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam kata lain ialah  “bebas” kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Mereka sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti
Sosial (Social)
Mereka ini juga suka bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Mereka suka memberitahu, menolong, melatih, memperkembangkan, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Selain itu, mereka berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya dalam membuat kebajikan
5. Berdaya Usaha (Enterprising)
Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Mereka berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain serta mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi
6. Konvensional / Kelaziman (Conventional) 

Mereka suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan







JENIS-JENIS KERJAYA MENGIKUT KAJIAN KESELARASAN PERSONALITI-PERSEKITARAN PEKERJAAN DI MALAYSIA


REALISTIK

Askar
Juruterbang
Pegawai Kawalan Trafik Udara
Penerbit Rancangan
Pegawai Meteorologi
Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Pembantu Makmal
Pegawai Teknologi Makanan
Juruteknik Komputer
Pegawai Pertanian
Pegawai Perikanan
Renjer Hutan
Pegawai Hidupan Liar
Pegawai Rancangan Tanah
Pemandu
Operator Loji
Arkitek
Jurutera
Juruukur Bangunan
Pemeriksa Kilang dan Jentera
Pegawai Bomba
Pegawai Imigresen
Penolong Pegawai Pendaftar
Pegawai Pendaftaran
Pengawal Keselamatan
Pegawai Penjara
Wartawan


INVESTIGATIF

Doktor
Pegawai Latihan Kemahiran
Pegawai Psikologi
Polis
Penolong Pegawai Perubatan
Pegawai Farmasi
Jururawat


ARTISTIK

 Ahli Muzik
Pereka
Artis
Jurufotografi
Jurusolek
Juruteknik Landskap
Perancang Bandar Wilayah


SOSIAL

Guru
Pegawai Kebudayaan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Pesyarah IPTA/IPTS
Pegawai Undang-Undang
Pegawai Syariah
Setiausaha Pejabat
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pegawai Arkib
Pegawai Pembangunan Masyarakat
Pegawai Belia dan Sukan




ENTERPRISING

Ahli Politik
Peniaga
Pegawai Diplomatik




KONVENSIONAL 

Pegawai Ehwal Ekonomi
Kerani
Perangkaan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Penyelia Rancangan Tanah
Akauntan
Juruaudit
Pegawai Kewangan 
Pegawai Penaksir
Penguasa Kastam



No comments:

Post a Comment